
Disember 2003 - Trip ke Italy. Kerol beli baju Hilfiger-style yg aku berkenan
Mac 2004 - Kirim baju yang sama kat Syazwan yg duduk di Colmar http://syazwan.blogspot.com/
Mei 2004 - Syazwan bagi baju kat Ihab dari Colmar, France ke London.
Jun 2004 - Ihab bagi baju kat Zai dari Soton
Jun 2004 - Zai datang ke London untuk balik Malaysia tapi tak sempat nak bagi baju kat aku
Ogos 2004 - Aku ke KL untuk amik baju tapi Zai tak angkat telefon bila aku sampai ke Taman Melawati. Frust menonggeng aku. Dah sampai depan rumah dia lak tak angkat telefon
September 2004 - Baju kembali ke Soton
December 2004 - Zai datang London dan lupa bawak baju
Julai 2005 - Sama kes macam dulu
3 Jun 2006 - Baju sampai ke tangan aku... Alhamdulillah
Aku rasa, dari segi milage, baju ni dah berjalan lebih dari aku pon. Apa korang rasa? Bukankah baju ni telah melalui suatu perjalanan yang amat melampau??? Apa2 pon, terima kasih kepada Syazwan, Ihab dan Zai